Resahnye hati saya. Apepon tak boleh. Haish.....
Maafkan saya abang. Saya tak patut menangis dan menangis. Abang mesti risau dan susah hati nak tinggalkan saya. Saya tak boleh menahan air mata ni laju semacam je bile tengok abang kat airport. Beratnye rase hati nak melepaskan abang kali ni untuk 3 bulan.
Betul cakap mak, berpisah sebelum kawen lebih mudah dari selepas kawen. Dah ada kemesraan jadi hubungan tu lagi erat. Tabahlah wahai hati...Dah tiga malam saya tak tidur lena. Sehari sebelum kita ke KL tu saya asyik terjaga malam dan tengok abang sepanjang malam sampai lelap. Lepas tu terjaga lagi dan tengok abang lagi. Tiga kali macam tu. Malam di KL pon sama. Abang mungkin tak perasan tiap kali terjaga air mata mengalir. Semalam susahnya tidur tanpa abang. Menangis sampai tertidur dan tersedar beberapa kali menangis dan tertidur. Teruknya isteri abang ni. Tabah la wahai hati.....malam ni macam mana sayapun tak pasti.
Semalam saya tunggu abang kat pintu sampai abang hilang dari pandangan. Pedihnya rasa hati. Lama juga saya berdiri situ. Terasa macam abang ade lagi kat situ. Tak lama lepas tu saya tersedor memang abang dah tak ade. Saya terus cari bas dan naik bas. Bas gerak lepas tu abang mesej kebetulan battery fon dah kong. Cuak saya. Tengah nangis lagi masa tu. Tak ingat nombor fon abang dengan mak pulak. Haru betoi. huhuhu. Tatau sempat delivered mesej battery kong kat abang ke tidak. Kecewa betul ngan fon tu. Sibuk cari paper yang saya tulis nombor fon mak saya ngan nombor fon abang. Sib baik jumpe..Yeay!!!!
Sampai KL Sentral..laju je pegi kaunter ETS. Saya terlepas ETS 2.05pm. Next trip kol Pat. Huhuhu..Dugaan... Masa tu jam 2.15pm..Buntu jap. Tengok coin dalam beg yang abang bagi tu. Guna public phone call mak bagitau ETS kol 4.00pm. Sebak bila nk kabo mak suruh mak sms abang bagitau ETS saya kol 4. Saya tau abang dalam flight masa tu. Mak pesan suruh cari majalah. Duduk lepak baca majalah. Saya tak jumpe majalah yang sesuai (memang takde mood membaca pon). Duduk je menung pastu nangis. Pakai shade jadi orang tatau sy nangis.Huhuhuhu
Lamanya perjalanan ETS tu. 2jam rase macam seharian. Sampai Kampar saya terus ambil kereta. Jiwa rasa kosong la abang. Masa drivepon nangis sampai romah tak berhenti jugak. Ingat nak cover jangan mak tahu tapi tak boleh. Mak nasihat supaya tabahkan hati. Keroje abang memang macam tu. Kena faham dan bersabor. Mak suruh ingat dulu saya cakap boleh berjauh. Jadi sekarang la masanya. Kuatkan semangat!!!
Saya call mak abang sebab mak abang call 8kali masa fon xde battery. Mesti dia risaukan. Saya sorang-sorang balik. Saya sebenarnya seorang yang kuat tapi pemurah dengan air mata..hohohoho. InsyaAllah petang ni saya balik gopeng hanto dak wan balik rumah. Tabahlah wahai hati...bila tengok bilik kosong. Huhuhu...
Abang.... saya dah mula rindukan abang ni....tadi saya try sms tapi tak delivered....huhuhu....kapal abang dah jauh dari coverage....abang jaga diri...isteri abang akan jaga diri baik-baik dan mendoakan yang terbaik untuk abang....I love you so much <3
No comments:
Post a Comment